16 Mar 2012

Sibuknya kita...

Salam 1 Bahagia
Memang BAHAGIA di sini. SB Macam-Macam Ada!
1M1S, menyertai Karnival Sains, Pendidikan dan Inovasi Daerah Temerloh, ceramah motivasi untuk ibubapa, Anda Bijak Jauhi Zina...
Sibuk kan jadi cikgu... tapi itulah kehidupan yang dipilih...
Sekarang sibuk untuk Sambutan Jubli Emas yang selalu saya war-warkan.. bermula dari Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Pendidikan dan seterusnya... pun InsyaAllah macam-macam ada... Buletin Bahagia Edisi Khas Jubli Emas dalam proses percetakan, blog sejarah sekolah dalam proses dilengkapkan, Galeri Jubli Emas Bahagia akan mula di susunatur bahan.. semua ni patut dah lama mula dan siap, tetapi dengan semangat SB Boleh InsyaAllah semua akan beres...
Mudah-mudahan semua yang diimpikan berjaya direalisasikan... TAK KITA SIAPA LAGI, TAK SEKARANG BILA LAGI...
Inilah masa mengembleng tenaga...
Mari 1Bahagia Menjana Transformasi...

25 Jan 2012

Salam 1Bahagia.....
Nak ucapkan selamat tahun baru dah lepas... tapi masih sempat untuk Kong Hee Fatt Choy untuk rakan-rakan dan murid-murid Cina.
Lamanya tidak update... asyik fb je..
Awal tahun yang... 'goyang' sedikit... entah kenapa tidak fokus... masih banyak belum settle... adakah ini isyarat mengingatkan akan hakikat diri...

sesungguhnya masa yang berlalu
adalah aku meniti usia
semakin jauh masa berlari
semakin singkat masa untuk kunikmati

janganlah lupa wahai diri
walau tidak kaugusar kiamat kan tiba
jangan alpa hujung usia tak tahu entah bila
bukankah dunia ini pinjaman cuma

bagaimanapun cintamu kepada dunia
betapapun cintamu kepada keluarga
dunia yang fana sementara cuma
padang bercucuktanam untuk 'ke sana'

ingatlah wahai diri
beribadat seolah-olah esok kau akan mati
tapi bekerjalah bagai hidupmu abadi
lunaskan tugasmu sementara masih di sini

Terasa banyak yang ingin dibuat, tetapi bagai tak cukup kudrat. Berbagai-bagai ingin dicapai, tapi entah bagai tak tergapai, kekadang rasa terkapai-kapai, tapi demi Masa... tak akan kuabai...

Wahai Allah yang Menguasai langit dan bumi, daratan dan lautan, utara dan selatan, mohon Kau permudahkan...

****janjikepadadiriakanlebihkerapkemari****


12 Nov 2011

Salam 1Bahagia,
Hujung tahun datang lagi. Tahun ini berbeza sedikit. Semalam 11.11.11 saya menghadiri Mesyuarat Pengawasan SPM di SMK Paya Pulai. Buat pertama kali dalam sejarah menjadi guru. Memang ada yang pelik kenapa setelah 26 tahun mengajar di sekolah menengah, selepas 31 tahun menjadi guru, ini kali pertama. Entah ya, inilah 'rezeki' namanya. Dulu-dulu saya pernah jadi penguji lisan SPM. Bahasa Melayu pernah, Bahasa Inggeris pun pernah. Ya, selama di SB lah. Tak percaya? Itulah ketentuanNya.
Saya pernah mengawasi Amali SPM, di SMT Sanggang dan di SMV Puteri. Pernah mengawasi Ujian Mendengar MUET juga. Apakah saya akan merasa mengawasi PMR pula tahun-tahun mendatang?  Masih sempat lagi nak merasa ini pula... Ya lah, kalau orang nak juga saya merasa.... mungkin takut saya terkilan sangat tak merasa...
Jadi mulai 14.11.2011, InsyaAllah saya mengawasi SPM. Ikut jadual sampai 5.12.11. Mudah-mudahan tidak menyusahkan orang lain sudah... maklum orang tua nak belajar benda baru ni lambat sikit. Mana lagi dengan penyakit yang bergayut serata badan... Doakan saya ya....
Anak saya sendiri pun menjadi calon SPM. Rupanya kena declare dalam borang ya bila ada anak yang ambil SPM juga. Agaknya takut kalau si ibu kirim jawapan kepada anaknya. Agaknya lah...
Ok, cerita lain pula. 11.11.11 juga tarikh cantik untuk Najibah lulus 'driving test'nya. Alhamdulillah. Ada driver baru...
11.11.11 malam ada jamuan akhir tahun di Bkt Bendera Resort, eh, bukan yang di Penang tu le.. di Mentakab. Istimewa? Mungkin... kalau diberi pilihan... tidaklah, sorry. Apa-apapun tetap hadir, menghormati kawan-kawan, terutama sahabat sekian lama, En. Azman b. Ahmad. 13 tahun di bawah bumbung yang sama, walaupun tidak rapat.. (sebab tu tak dapat hadiah dari Cikgu Azma, haha.) Tidak apa-apa tu, dia di bilik seni, saya dari dulu selalu di library... tapi sumpah kami tak pernah bergaduh...
Hari ini keluar rumah pukul 7.30 - balik 12 lebih. Ke mana? Karnival Jalur Lebar Temerloh! Menjadi guru pengiring bersama Pn. Zaiton, En. Mohd. Saad dan En. Fadzly.  Nabihah dan Afiq Qahhar pun semangat mendaftar nama dengan Cikgu Zaiton. Apa buat di sana? Errr, nanti saya ingat-ingat semula... Oh ya, makan mihun.. dengar riuh-riuh sana sini (lagi riuh dari Jom Riuh2 SB tahun lepas!) Berjalan melawat booth / gerai keliling padang yang lembab.. sambil pandang-pandang anak2 SB yang bukan main le cergasnya. Kutip-kutip 'goodies bags' / beg cenderahati... ada towel kecil, pen, note pad (bukan notebook ya).. Oh ya, gembira dan bangga kerana pelajar SB ramai yang dapat cenderahati cabutan bertuah dengan melengkapkan kuiz. Dapat payung, pen pendrive (memang pen 2-in1 dengan pendrive tau!) Bagus, bagus... eh, sampai dengar orang kata, budak SB lagi... bangga tau... Ha, Pn Hajah Pengetua jangan bimbang, memang orang nampak le budak SB hari ni. Ada budak tu habis RM 20 main 'guitar challenge' kalau tak silap nama gamenya. Kesian, di rumah tak pernah ada gitar, tu yang lepas gian tu... tak pe lah, relax minda sebelum berjuang untuk SPM.
Sukanya ada Upin Ipin, ada badot, tengok le gambar- gambar ni.. (cek di galeri ya. dlm pos ni macam tak boleh banyak je.) dapat tangan besar... belon lagi.. ( sorry, saya tak dapat tolong selamatkan belon siapa entah terjun bunuh diri dari bas yang sedang bergerak. Lain kali kita suruh drebar tutup pintu ya).
Ya, sibuk .... ya letih.... tapi menyibuk-nyibuk ni mencabar minda...

****ps: lupa nak isytihar rombongan SB tidak tercemar adegan ber'couple' di tangga-tangga keliling dataran tu ya... bukan budak kita tu... confirm and reconfirm... budak kita Sentiasa Bagus... SB lah katakan...







3 Nov 2011

Subhanallah, amat lama saya tinggalkan 'rumah' ini. Tidak cukup masa?
Tidak ada bahan? MasyaAllah kalau saya kata ya, memang saya berbohong. Sehari semalam masih 24 jam, seminggu masih tujuh hari kan.... sempat makanminum, berbaring-baring, berfb, blog hopping.... Tidak ada bahan... takkan nak tunggu ilham turun dari langit ye.... hari-hari berbagai peristiwa dialami, berbagai keadaan dihadapi, berbagai ragam ditempuhi...
Begitulah, tidak ada alasan tertentu sebenarnya. Untuk kongsikan apa yang berlaku dalanm hidup ini.... tengoklah gambar-gambar ini. Kata orang putih a picture speaks a thousand words, tapi entah orang faham ke tidak bahasa gambar-gambar ini...

Saya rindu sangat-sangat dengan kampung saya, tapi belum berkesempatanbalik tahun ini. Apabila orang tua sudah tiada, ibu bapa, mak bapak saudaratelah tiada, entah kenapa macam kurang bermakna balik kampung.
Akhirnya buatlah desktop gambar jeti Bagan Datoh ni.



 Kehidupan saya selain di rumah hanya di sekolah. Aktiviti saya hanya di sekolah. Ni kononnya menang pertandingan petanque Hari Guru Daerah Temerloh 2011. Adik beradik saya, kawan-kawan di sekolah. Saya sayang anda semua.

 Ini abang saya yang kedua, Abd. Murad@Morat, sudah beberapa tahun meninggalkan kami.  Isterinya, Yong yang kami kasihi pun sudah menurutinya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka. Abang saya ini bekas Pengetua Kolej Islam, yang di Kelang tu.
Pasangan suami isteri yang penuh kasih mesra. Alhamdulillah hubungan dengan anak-anak saudara berterusan, melalui..... facebook...
Melalui fb saya dapat gambar ini, buat penghilangrindu dan untuk ditunjuk kepada anak-anak.

Allahyarham Ustaz Abdullah b. Long dan Cikgu Ramlah bt. Uda, Ayahndak dan Makndak yang saya kasihi. Di rumah merekalah selalunya kami beraya kalau tidak balik kampung atau ke rumah kakak di Selayang. Kini mereka pun telah pergi, berturut tahun meninggalkan banyak kenangan. Semoga Allah cucuri rahmat.

Setelah bertahun, akhirnya ada juga ruangdiberi Allah untuk ke rumah abang ipar, Ahmad Tahudin Hamid, yang bersara di KPM, selepas berkhidmat sebagai antara lain, Pengetua di ABS, Temerloh dan pensyarah di IAB Genting. Ini gambar merebus sayur untuk dibuat pecal, mengikut arahan biras saya, Norbehar bt. Abd. Hamid, untuk juadah kenduri kesyukuran. Mereka baru dapat cucu sulung, sambil meraikan pasangan pengantin Kemboja, anak angkat mereka. Istimewa pecal ini kerana menggunakan gula 'kelapa laut' dari Kemboja. Ini pun gambar diambil dari fb anak saudara yang ikut ke Kemboja untuk perkahwinan itu.

 Ini semua gambar berkaitan Kem Membaca 1Malaysia 2011. Ini antara yang saya seronok buat di sekolah.




 Gembira dapat membaca bersama dengan anak2 murid dan kawan-kawan di Dataran Bahagia. Murid2 pun aman sangat bila ada program Membaca Bersama begini. Hening dan damai suasananya.


Kesimpulannya, saya Bahagia!

17 Jun 2011

SB SIBUK SELALU....

Salam 1Bahagia,

Lama tidak update. Cuti pun sibuk. Hanya gambar-gambar ini sebagai untuk merakamkan kesibukan di SB.
                                                      HARI GURU 2011






MURAL DI PERPUSTAKAAN : TERIMA KASIH AIDA DAN FADILAH,
EN. ROMDAN, JEFRI & FRIENDS ATAS SUMBANGAN
Jadi sejarah peribadi mewarna buat mural (itik, semut, ulatbuku) - 
 nampak sangat kerja tidak professional. Buat sebab
tak ada orang dah nak buat - masa tak cukup.









Tangga ni hasil kerja En. Karim dan En. Yusmera
Ceria ....

GPK HEM En. Jabar melancarkan Kempen 0 Ponteng:
Mari jadikan realiti....

PAMERAN MINI HARI GURU 2011
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA:
GURU HEBAT PENJANA TRANSFORMASI HEBAT



GALERI 1BAHAGIA:
AKAN MENAMBAH KOLEKSI MENJELANG
JUBLI EMAS 2012


25 May 2011

PSS, Buletin 1/2011

Alhamdulillah, hari ini telah diterima Sijil Anugerah Bintang Perpuspa 2010. Kalau berdasarkan sijil yang tertera kat library, semenjak 2001 rasanya (bukan semua tahun ada dipamerkan) kali pertama melepasi 3 bintang. Tahun ini tak tahulah lagi. Syukur, mungkin sedikit usaha yang sempat dibuat tahun lalu nampaknya membuahkan pengiktirafan. Tahniah, En. Mohd. Saad, bekas Guru Media. Harap tahun ini tidak merosot balik. Saya belum pandai buat perancangan, nak kena belajar dulu...
Selain itu diharap semua warga SB sudi menerima bingkisan kecil Buletin PSS@Bahagia 1/2011. Ada  student kata, ngapa gambar saya tak masuk teacher..... sorrrylah, tak mampu nak masukkan semua orang... Buletin 2 nanti kut .... Insyaallh lepas ni kita terbitkan Album SB... cetak gambar yang ada dalam koleksi Pn. Zaiton, Cikgu Wan Zaidi, Tn. Hj Amir dan lain-lain. Harap nanti ada masa (disamping siapkan proses buku.... aduh la..) tapi versi online akan lebih lengkap. Ada sesiapa nak derma komputer.... ????
Kita dah hampir bercuti ya. Cikgu kena bergelut siapkan markah... dan anakanda murid sekelian, cuti tu kena jaga keselamatan. Cuti yang lepas kita kehilangan arwah Badri, harap kali ini tidak terjadi lagi...
Bagi calon PNR dan SPM, faham-faham sajelah .....

20 May 2011

KERTAS PERIKSA, HARI GURU, PEMANTAUAN LIBRARY, TN. HJ. ANSARI, JUBLI EMAS

Salam 1Bahagia,
Biasalah lepas periksa nak memanda le pulak. Untung kelas pelajar tak ramai. Dalam pada tu, ramai pulak tak menjawab..... Berapa markah kalau tak jawab? Budak-budak ni pandai menjawab... kuat-kuat pulak tu..."kosongggg!!!". Dah tu kenapa tak jawab..... "Kesian cikgu kena tanda banyak". Terima kasih le sayang.... tapi tak perlu kesian dalam bab ini... banyak perkara lain kalau nak kesian kat cikgu.
Hari Guru dah berlalu. Dalam periksa-periksa pun hebat le juga sambutan. Hebat sampai ke youtube! Cek sini untuk tengok kehebatan cikgu sb http://www.youtube.com/watch?v=uWOfXHAcSVE&feature=share. So, apa kurangnya SB sampai .... Nak tengok gambar cek http://www.facebook.com/?ref=home#!/home.php?sk=myuploads.

Hari Guru tahun ini menjadi hari terakhir beliau di SB. Selamat Maju Jaya di tempat baru. Terima kasih Tn. Haji.

Ingat nak buat aktiviti di library untuk Ting 1 - Ting 3, tapi sibuk dengan kerja tak habis-habis. Ada pulak pertandingan Bilik Khas, yang memang payah le nak menangnya. Tapi kita masuk je..... kalau tak tanding pun memang kerja kena dibuat juga. Tak pernah rasa kerja selesai di PSS ni. Banyak sangat nak dibuat. Buku melambak belum proses. Ada volunteer ..... MENYAPU PUN SANGAT DIALU-ALUKAN. Nak harap tenaga tua ni sorang... almaklumlah.... Terima kasih banyak Suzaimah yang sudi membantu dan rajin belajar tugas barunya. Tak rugi kan Su belajar benda baru.... Belajar itu memperkaya dan mengupaya diri..... Kan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Mulakan dengan transform diri sendiri dulu.....
Kena ingat pesanan Saidina Ali (k.w), hari ini mesti lebih baik dari semalam, esok mestilebih baik dari hari ini. Apa yang lebih baik? Diri kitalah, kerja kita, semangat kita, amal ibadah kita. Kerja pun ibadah juga kan.
Kepada Unit Sukan, En. Alami khasnya, terima kasih kerana izinkan piala lama dipamer di Galeri. Banyak lagi tapi tak cukup tempat le. Kepada unit lain, sumbangan anda amat penting untuk melengkapkan galeri ke arah Perayaan Jubli Emas 2012. Satu laluan perjalanan yang panjang tu nak sampai Jubli Emas.
Ya Allah, terimalah usaha kerja kami sebagai ibadah dalam hisabMu di PadangMahsyar. Ampunkan kami Ya Allah, kelemahan, kekurangan, kelalaian dan kecuaian kami. Bimbinglah kami Ya Allah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kami seharian.

12 May 2011

Minggu Peperiksaan Dah Tiba.....

Untuk anak2 T 4 dan 5, semoga dapat membuktikan yang anda datang dan belajar di sekolah, bukan sekadar bersekolah. Kalau ikutkan banyak lagi benda yang hari-hari datang ke sekolah tapi tidak belajar.... sebut nanti ada pula yang sensitif.... kalau datang ke sekolah tidak belajar nanti 'ter'sama pulak dengan 'ehem ehem' tu... kalau tak nak sama dengan yang 'ehem ehem' tu, belajarlah! Kalau dah belajar, buktikan dengan menjawab soalan semasa periksa ni.

Semoga cikgu semua boleh gembira menanda kertas jawapananda. Ingat, lagi banyak anda jawab lagi gembira kami. Lagi banyakandabetul, lagi bahagia kami. Kalau nak ikutkan, kalau anda tidak menjawab, hantarkertas kosong,lagi senang kerja kami. Tetapi, wahai anak-anak sekelian, tak payahlah ingat nak bagi senang kerja cikgu ni. Jawablah banyak-banyak!

Lepas ni giliran menengah bawah pula. Masih sempat nak study ni. Jangan buang masa ya! Berusahalah semua. Transformasi Lah ke arah kejayaan. InsyaAllah berjaya

5 May 2011

Karnival Ko-kuria Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Daerah Temerloh 2011

Today, I was the chaperone / Guru Pengiring to our sole participant in the Karnival, Nurul Syafiqah Amirah Bt. Suhaimi (I just hope I am getting the name straight as I've been confused about the number of amira syafiqah and syafiqah amira we have around the school) of 5A. She took part in the Public Speaking Competition. 1 of 22 students participating. Unfortunately, we are unable to put up a debating team for the Parliamentary Style Wnglish Debate this year. BTW, only four teams took part in the activity. The final was between ABS A and ABS B, and ABS A won. And I took Nabihah along, as 'pelapis', as Datin Dhana said it. She enjoyed herself, I'm sure, and hope the experience is helpful to her.
 I must say that Nurul Syafiqah Amirah has done us proud. She did well for both the Prepared and Impromptu Speech. Nothing to be embarrassed about, Syafiqah. However, there are a few others who are better. First prize was won by a boy from Hwa Lian, second a girl from Seri Semantan and third place to Varsha Ramalingam, from ABS. (Yes, Datin Dhana's girl).
 It was good to get together with BI teachers friends, and to be in  Seri Tualang seems to be at my very own school. Although I was in the school for only 3 years, those 3 years were meaningful time and experience for me. And I'm glad there were some former students who still remember me and gave me a warm welcome. I'm glad also that some talapia from 'my' pond survived the 'wipe-out accident some time back....
And about the carnival, I can't help feeling sorry for the state of the affair now. We used to have grander carnivals years back. It had been good challenge always to put up a debate team and the 40-students Choral Speaking team for the school, but the experience had been priceless to me. Sad that we would not be able to prepare the teams had we been forced to, not with the current situation. I wonder if the time would come again when SB can 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' with the other schools. Time to sing ' jika kau fikirkan kau boleh'......
Err, something to take note of if we ever have the 'honour' of organizing such event, the 'MIA' doa reciter!

3 May 2011

The Only Constant Is Change

Salam 1Bahagia,

Lamanya tidak sempat buat apa-apa cerita pun. Bukan kerana tidak ada apa yang berlaku, tapi ....tak payah lah buat alasan. Macam-macam berlaku.
Selamat bertugas di tempat baru, Pn. So'nah dan En. Jamaluddin. Selamat datang menjadi warga Seri Bahagia, Pn. Zainon. Dalam senyap-senyap, ramai tidak sedar En. Ahmad Rahim (Makmal) dah naik gred ke Kuantan. Saya pun baru tersedar Pn. Suzana tamat tempoh tugasnya bila Pn. Maziah balik bertugas.
Begitulah, the only constant is change. Suka ke tak suka, perubahan berlaku. Bagus ke tak bagus, serba mungkin. Baik ke tak baik, kita tentukan. Niatkan yang baik, lakukan yang terbaik, InsyaAllah dapat yang baik. Mari kita berdoa hari-hari mendatang membawa kebaikan untuk SB, untuk kita semua. Mari juga berdoa kita mampu terus berubah menjadi lebih baik. There's still room for improvement, forever.

30 Mar 2011

Tuan Rumah lagi..

Nampaknya, SB bersambung-sambung jadi tuan rumah. Saya dah cerita pasal petanq/petanque kan. Lupa nak sebut, sebelum tu jadi venue perlawanan bola sepak. Bila buat pagi, memang susah nak kawal pelajar. Ramai sangat yang minat, tak kira lelaki perempuan. Sebelum ni juga jadi tuan rumah Bola Tampar, tapi main di Dewan Mentakab, tak lah melibatkan ramai pelajar. (Dalam Kejohanan inilah arwah Badri main)
Tadi, SB jadi tuan rumah Majlis Tilawah Alquran Zon Temerloh. Dewan venue untuk Syarahan, 2 bilik Pusat Sumber digunakan, Bilik Audio-Visual tempat untuk Hafazan dan Perpustakaan untuk Tilawah.
Saya incharge Perpustakaan, dibantu oleh Yati Makmal, Yusmera dan Cik Karim. Tak lupa Mat Rahim turut hulurkan tenaga walaupun dia dalam JK Siaraya. Dia orang ni yang banyak buat kerja sebenarnya. Terima kasih banyak le. Sori belanja air botol je! Tak sempat nak upload gambar ni. Seronok kalau bekerjasama, hasilnya pun orang kata, bolehlah. (bukan puji kerja saya, kerja yang lain-lain ni)

28 Mar 2011

KEMPEN ANTI ROKOK DAN DADAH, Budak SB, Arwah Badri

Banyak perkara nak cerita lagi ni. Tadi dah buat post petanq dan PIBG. Yang ni cerita apa terjadi kepada saya balik setelah tamat petanq. Peristiwa ni memang buat saya bersyukur menjadi guru, khususnya guru di SB. Agaknya sebab keletihan saya bawa kereta ........ terjunam ke longkang! Dah dekat dengan rumah. 'Distracted' sebab ada kemalangan budak jatuh motor dekat situ, ramai budak-budak berkumpul di situ. Alhamdulillah ada seorang sahabat bangsa Cina (tauke Cosway Bahagia) datang menenangkan saya. Nama pun lupa nak tanya. Maklum, dah terketar-ketar tunggu suami.
Kemudian, oh.... lega, Abdillah, kembar, Khairunnas, Fahmi dan beberapa murid yang lain datang menyerbu. Semuanya ada di situ tengok kawan yang terjatuh tu. (Lupa nak tanya siapa). Oleh kerana dekat, suami datang laju je. Terima kasih banyak kepada anak-anak SB yang membantu MENGANGKAT KERETA beramai-ramai. Macam ringan le pulak kereta tu, sekejap saja dah selamat. Bangganya dan bersyukurnya jadi cikgu yang ramai 'anak' ni. Tauke Cosway pun kagum!. Terima kasih sekali lagi...... Esok Selasa jumpa teacher ya.....
Kalau nak ikut, anak-anak ni jenuh saya marah saya jerit sebab.......sebab......ehem,ehem.....  paham je lah kan.......5D dan 5B kan kelas saya...... tapi tengok, tidak pun berdendam, cikgu susah, ikhlas dan gembira je mereka menolong. Mana cikgu yang tak bangga? Jadi, kepada tuan PPD, cikgu macam saya tak kesal mengajar di SB, sebab anak-anak kami beginilah....Kami sayang mereka dan mereka pun sayang kami. Mungkin tak banyak 'A', tapi mereka tetap boleh diharap....... InsyaAllah saya percaya mereka semua 'boleh dan pandai' hidup. Mudah-mudahan semua boleh berjaya, dalam cara masing-masing. Macam saya tegaskan kepada budak-budak SPM baru ni, bukan A sahaja menjamin kejayaan dalam hidup. Jangan salah faham pulak, kita memang suruh bebudak ni cari A banyak-banyak, tapi kalau tak dapat A bukan bermaksud hidup terus hancur..... Banyak lagi lorong dan jalan mencari kehidupan....
Dah sebut tentang anak-anak SB ni, teringat kempen Anti Rokok dan Dadah Unit Kaunseling. Tahniah Tn. Hj. Amir dan Cikgu Zuriaya. Nampaknya ini memang acara tetap tahunan Unit Kaunseling. Selagi ancaman rokok dan dadah tidak terhapus, selagi tu mesti buat kempen kan Zuriaya.. Walaupun tidak termasuk dalam program kempen, PSS tetap ambil tanggungjawab wujudkan sudut 'TIDAK KEPADA DADAH'. (gambar belum ambil rupanya!) Nanti saya upload. Terima kasih kerana beri bahan untuk PSS. Ini pun yang Tuan PPD cakap semalam kan, kerjasama! (macam lagu Wonderpets kat TV tu!)
Antara program yang dijalankan ialah Pertandingan Banner Antara Kelas, Pertandingan Mengarang Sajak BM, BI dan Bahasa Cina. Nanti cari gambar dari Tn. Hj Amir. Mir, nanti kak hulur pendrive ya...
Mudah-mudahan kempen ini mencapai matlamat. Anak-anak SB, sayangi diri, jangan cuba-cuba, baik rokok atau dadah. Ini serius ni, bukan main-main....
Dan ini, cerita anak 'baru' SB yang sudah meninggalkan kita. Arwah Muhammad Badri Hafiz Bakari kelas 4C kemalangan semasa pulang bercuti ke rumah keluarga di Lepar. (Keratan Berita di Sinar Sabtu 19 Mac saya pamerkan di Library). Saya belum sempat kenal arwah ni, tapi arwah datuknya, Tok Empat Daharin Kg Belengu saya memang kenal sebab ramai anaknya bersekolah di SB. Ya, ramai muda mudi di Kg. Belengu bersekolah di SB. Kehendak Allah arwah Badri sempat bersama kita sekejap saja tetapi telah meninggalkan jasa melalui pasukan Bola Tampar sekolah. Sedih Cikgu Noreen ..... Sama-sama kita doakan arwah. Masa kita entah bila, yang pasti, akan tiba..... Bagaimana pula anak-anak SB yang bertahun di sini, pastikan anda tinggalkan SB dengan kenangan 'jasa bakti' anda pula, walau bagaimanapun caranya.......

27 Mar 2011

Gambar

HUJUNG MINGGU YANG ........

Ini satu daripada........ hujung minggu yang sibuk. Meletihkan, tetapi inilah antara keseronokan menjadi guru. Penat di kelas kita ke padang, ke gelanggang...... Sabtu dan Ahad bersama kawan-kawan Koperasi dan Kelab Petanque menjadi tuan rumah Kejohanan Petanque Piala Presiden Angkasa Zon......... (kena cek dulu...) Sabtu Koperasi Sekolah, Ahad Koperasi Dewasa. Ahad juga Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Penyampaian Hadiah.
Pagi-pagi mendaftar kehadiran ibu-bapa.... lepas tu siapkan scoreboard di gelanggang. Sekejap di dewan, balik pula ke gelanggang. Hmm........ Sabtu dan Ahad 7.30 - 6.30. Alhamdulillah hari ni cuti. Terima kasih Hajah.
Saya ikuti penuh ucapan Tuan PPD. Setuju semua yang tuan ulas dan gariskan. Terima kasih tuan, sudi hadir. Nasib baik tak kena saman ye...... Bila-bila tuan sudi datang, kami sedia bertemu tuan. Percayalah, kami memang mencuba, tapi memang perlu buat lebih lagi. Bantulah kami mencari kejayaan, bantulah kami memulihkan keadaan. 20 tahun lebih, (1986 - sekarang) saya di SB, kita bukan tidak pernah berjaya. WALAUPUN TIDAK SE 'GAH' SEKOLAH LAIN, SB TETAP ADA SEJARAHNYA SENDIRI.....
Macam tuan kata, semua pihak ada peranan masing-masing. Kalau tidak dengan usaha bersepadu rasanya tak mungkin kejayaan dicipta semula. Kena betul-betul yakin dan komited dengan slogan kita '1BAHAGIA MENJANA TRANSFORMASI'. Kena semua orang tau dan berkongsi apa nak buat untuk menjayakan slogan ini..... Kena pasang banyak slogan dan logo kita di serata sekolah supaya semua orang terpanggil untuk berkongsi usaha. Di Pusat Sumber baru ada satu dua, nanti saya tambah ya...
Oh ya, kena siapkan library untuk Tilawah hari Rabu ni, tak boleh le cuti hari ni.... kena datang jugak le! Begini le kami tuan..... sibuk!

Tentang petanque, syukur walaupun tidak juara pasukan lelaki tempat kedua, perempuan ketiga. Sayang pasukan dewasa belum mencapai kejayaan diharapkan...... Bukan tak bagus, tapi orang lain lebih bagus. Tahun depan tuan rumah lagi ke?

11 Mar 2011

About holidays....

Well, after rushing through the UP1 test papers, the report cards, now it's half-term break. These holidays are what make teachers the envy of other people. So many holidays, work half days only.... well, this is a reason why I'm a teacher now (have been since first posting 1980), but, not the only reason!!!! I could'nt have been one if I failed my interviews, could I? It shows that among all those applicants, I was among the few suitable for the job. How many others wanted to be one but failed one after another applications?
I would not be a teacher still if I could not endure our 'gangsters in the making' among the students, all through to this day! Only teachers will understand the tortures and risks that we go through, every school day. Some people think teaching is the lowest risk profession, but I forgive them for their ignorance. Not many understand that these 'future leaders' are capable of driving teachers to the psychiatrists. High BP, tension, sakit jantung, semua boleh kena....
And I have to mention, a nephew teacher of mine got some broken bones to mend, the work of an 'overly-loving' parent! And his is not the only case that I knew of. Low risk?, What about those accidents while sending and fetching students to sports events, camping etc, etc. Who'll be blamed if some trees just decide to fall upon a camp of students having their co-curricular fun? Guru-guru sepatutnya tidak ambil mudah soal keselamatan.....hmmm.....keselamatan guru????
So for those who envy the teachers for the the holidays and half-days (7.30-2.30 is half-day?), just remember that God puts us where we are for some purposes that only He Knows best!